WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 29 April 2011 29 April 2011 P.U. (A) 152 FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LABUAN (FI TAHUNAN BAGI PEJABAT C0-LOCATION) (PEMEGANG LESEN INSURANS DAN TAKAFUL LABUAN) 2011 LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY (ANNUAL FEE FOR CO-LOCATION OFFICE) (LABUAN INSURANCE AND TAKAFUL LICENSEE) ORDER 2011 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL S CHAMBERS
AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LABUAN 1996 PERINTAH LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LABUAN (FI TAHUNAN BAGI PEJABAT C0-LOCATION) (PEMEGANG LESEN INSURANS DAN TAKAFUL LABUAN) 2011 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 32A Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545], Lembaga, dengan kelulusan Menteri, membuat perintah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Fi Tahunan bagi Pejabat Co-Location) (Pemegang Lesen Insurans dan Takaful Labuan) 2011. (2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2011. Fi tahunan 2. (1) Suatu pemegang lesen insurans atau takaful Labuan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] atau Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705] masing-masing yang menjalankan aktiviti perniagaan yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam Guideline on Co-Location of Labuan Insurance and Takaful Licensee, yang diluluskan oleh Lembaga untuk menubuhkan suatu pejabat di mana-mana tempat di Malaysia selain daripada pejabatnya di Labuan ( Pejabat Co-Location ), hendaklah membayar fi tahunan sebanyak tujuh ribu ringgit kepada Lembaga berkenaan dengan Pejabat Co- Location yang diluluskan. (2) Fi tahunan yang dikehendaki di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar serta-merta atas penerimaan kelulusan daripada Lembaga dan bayaran yang berikutnya hendaklah dibuat pada atau sebelum 15 Januari setiap tahun semasa tempoh kesahan kelulusan itu. 2
Dibuat 26 April 2011 [LFA/04/2011; PN(PU2)556/III] DATO AZIZAN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Diluluskan [KK/BPKA/K1/(S)/382/342/3-1 Jld.4; PN(PU2)556/III] DATO SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH Menteri Kewangan Kedua 3
LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY ACT 1996 LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY (ANNUAL FEE FOR CO-LOCATION OFFICE) (LABUAN INSURANCE AND TAKAFUL LICENSEE) (ORDER) 2011 IN exercise of the powers conferred by section 32A of the Labuan Financial services Authority Act 1996 [Act 545], the Authority, with the approval of the Minister, makes the following order: Citation and commencement 1. (1) This order may be cited as the Labuan Financial Services Authority (Annual Fee for Co-Location Office) (Labuan Insurance and Takaful Licensee) Order 2011. (2) This Order comes into operation on 1 May 2011. Annual fee 2. (1) A Labuan insurance or takaful licensee licensed under Labuan Financial Services and Securities Act 2010 [Act 704] or Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 [Act 705] respectively that carries on permitted activities as specified in the Guideline on Co-Location of Labuan Insurance and Takaful Licensee, approved by the Authority to establish an office in any other part of Malaysia other than its office in Labuan ( Co -Location Office ), shall pay an annual fee of seven thousand ringgit to the Authority in respect of its approved Co-Location Office. (2) The annual fee required under subparagraph (1) shall be paid immediately upon approval by the Authority and subsequent payment shall be made on or before 15 January of each year during the validity period of such approval. 4
Made 26 April 2011 [LFA/04/2011; PN(PU2)556/III] DATO AZIZAN ABDUL RAHMAN Director General Approved [KK/BPKA/K1/(S)/382/342/3-1 Jld.4; PN(PU2)556/III] DATO SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH Second Minister of Finance 5