WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 31 Mac 2017 31 March 2017 P.U.(A) 97 FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERATURAN-PERATURAN TABUNG HAJI (DEPOSIT DAN PENGELUARAN) (PINDAAN) 2017 TABUNG HAJI (DEPOSITS AND WITHDRAWALS) (AMENDMENT) REGULATIONS 2017 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL S CHAMBERS
AKTA TABUNG HAJI 1995 PERATURAN-PERATURAN TABUNG HAJI (DEPOSIT DAN PENGELUARAN) (PINDAAN) 2017 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 19 dan 45 Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535], Lembaga, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran) (Pindaan) 2017. (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 April 2017. Pindaan Bahagian IV 2. Peraturan-Peraturan Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran) 2002 [P.U. (A) 313/2002], yang disebut Peraturan-Peraturan ibu dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam tajuk Bahagian IV dengan memasukkan selepas perkataan PENAMAAN perkataan, HIBAH AMANAH. Pindaan peraturan 7 3. Peraturan 7 Peraturan-Peraturan ibu dipinda (a) dalam perenggan (4)(c), dengan memotong perkataan atau dihujung perenggan itu; dalam perenggan (4)(d), dengan menggantikan noktah dengan perkataan ; atau ; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (4)(d) perenggan yang berikut: (e) dengan pembuatan suatu hibah amanah oleh pendeposit di bawah peraturan 7A.. 2
Peraturan baharu 7A dan 7B 4. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 7 peraturan yang berikut: Hibah amanah 7A. (1) Seseorang pendeposit yang berumur lapan belas tahun atau lebih boleh membuat hibah amanah bagi amaun atau apa-apa bahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit untuk diberikan kepada mana-mana orang sebagai penerima hibah amanah itu. (2) Tiap-tiap hibah amanah sedemikian hendaklah dibuat dalam borang yang ditentukan oleh Lembaga dan tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa melainkan jika dibuat semasa hayat pendeposit itu. (3) Amaun atau sebahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit yang diberikan kepada penerima hibah amanah di bawah subperaturan (1) hendaklah dibayar mengikut peraturan 8. (4) Tertakluk kepada subperaturan (5) dan terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, penerima hibah amanah hendaklah memberikan kuasa kepada pendeposit (a) untuk menggunakan, bagi kepentingan pendeposit, amaun atau sebahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit yang diberikan kepada penerima hibah amanah; dan untuk menjalankan semua transaksi dan menerima semua faedah yang berhubungan dengan amaun atau sebahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit yang diberikan kepada penerima hibah amanah, semasa hayat pendeposit dan penerima hibah amanah itu. 3
(5) Pendeposit hendaklah pada setiap masa semasa hayatnya mengekalkan deposit minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga melainkan jika hibah amanah itu dibatalkan di bawah peraturan 7B. (6) Pendeposit hendaklah memberitahu Lembaga tentang apa-apa penambahan penerima hibah amanah atau apa-apa perubahan amaun yang ada pada kredit pendeposit yang diberikan bagi hibah amanah, atau tentang kematian penerima hibah amanah itu. (7) Jika hibah amanah dibuat bagi sebahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit, pendeposit boleh menamakan mana-mana orang mengikut peraturan 7 yang kepadanya baki amaun yang ada pada kredit pendeposit boleh dibayar selepas kematian pendeposit mengikut peraturan 8. Pembatalan hibah amanah 7B. Sesuatu hibah amanah yang dibuat di bawah peraturan 7A terbatal dalam keadaan-keadaan yang berikut: (a) dalam hal sesuatu hibah amanah yang dibuat oleh pendeposit yang merupakan seseorang ibu atau bapa atau datuk atau nenek untuk diberikan kepada anak kandungnya atau cucu kandungnya sebagai penerima hibah amanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan notis bertulis sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga yang diberikan oleh pendeposit dan diterima oleh Lembaga semasa hayat pendeposit dan penerima hibah amanah; atau dalam mana-mana hal lain, dengan persetujuan bersama pendeposit dan penerima hibah amanah mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga.. 4
Pindaan peraturan 8 5. Peraturan 8 Peraturan-Peraturan ibu dipinda (a) dalam subperaturan (1) (i) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan atau dihujung perenggan itu; (ii) dalam perenggan, dengan menggantikan noktah dengan perkataan ; atau ; dan (iii) dengan memasukkan selepas perenggan perenggan yang berikut: (c) jika pendeposit telah membuat hibah amanah di bawah peraturan 7A dan hibah amanah itu tidak dibatalkan di bawah peraturan 7B, kepada penerima hibah amanah itu atau penerima-penerima hibah amanah itu, mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga. ; dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut: (1A) Apabila seseorang penerima hibah amanah meninggal dunia, amaun atau sebahagian amaun yang ada pada kredit pendeposit itu yang diberikan kepada penerima hibah amanah itu hendaklah dibayar kepada mana-mana orang yang berhak mewarisi amaun atau sebahagian amaun itu bawah Hukum Syarak bilamana suatu tuntutan dibuat kepada Lembaga oleh orang itu mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga. ; 5
(c) dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan subperaturan (1) dengan perkataan subperaturan (1) dan (1A) ; (d) dalam subperaturan (3), dengan memasukkan selepas perkataan penerima namaan itu perkataan dan dalam hal hibah amanah, oleh penerima hibah amanah itu ; (e) dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut: (3A) Sebelum membuat apa-apa pembayaran di bawah subperaturan (1A), Lembaga boleh, bagi maksud memuaskan hatinya bahawa seseorang penerima hibah amanah telah meninggal dunia, menghendaki supaya dikemukakan kepadanya sijil kematian atau salinannya yang diperakui sah atau cabutan sijil kematian penerima hibah amanah itu atau apa-apa dokumen lain yang dinyatakan oleh Lembaga oleh orang yang membuat tuntutan itu. ; dan (f) dalam subperaturan (4), dengan memasukkan selepas perkataan pendeposit di mana-mana jua terdapat perkataan atau penerima hibah amanah. 6
Dibuat 27 Mac 2017 [UU429/500-27/036-14/CA; PN (PU2)33A/IV] DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM Pengerusi Lembaga Tabung Haji Diluluskan, MEJAR JENERAL (B) DATO SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM Menteri di Jabatan Perdana Menteri 7
TABUNG HAJI ACT 1995 TABUNG HAJI (DEPOSITS AND WITHDRAWALS) (AMENDMENT) REGULATIONS 2017 IN exercise of the powers conferred by sections 19 and 45 of the Tabung Haji Act 1995 [Act 535], the Lembaga, with the approval of the Minister, makes the following regulations: Citation and commencement 1. (1) These regulations may be cited as the Tabung Haji (Deposits and Withdrawals) (Amendment) Regulations 2017. (2) These Regulations come into operation on 1 April 2017. Amendment of Part IV 2. The Tabung Haji (Deposits and Withdrawals) Regulations 2002 [P.U.(A) 313/2002], which are referred to as the principal Regulations in these Regulations, are amended in the heading of Part IV by inserting after the word NOMINATIONS the words, HIBAH AMANAH. Amendment of regulation 7 3. Regulation 7 of the principal Regulations is amended (a) in paragraph (4)(c), by deleting the word or at the end of the paragraph; in paragraph (4)(d), by substituting for the full stop the words ; or ; and (c) by inserting after paragraph (4)(d) the following paragraph: (e) by the making of a hibah amanah by the depositor under regulation 7A.. 8
New regulations 7A and 7B 4. The principal Regulations are amended by inserting after regulation 7 the following regulations: Hibah amanah 7A. (1) A depositor who is of eighteen years of age or above may make a hibah amanah for the amount or any part of the amount standing to the depositor s credit to be given to any person as the recipient of the hibah amanah. (2) Every such hibah amanah shall be made in the form as determined by the Lembaga and shall have no effect unless made during the lifetime of the depositor. (3) The amount or part of the amount standing to the depositor s credit given to the recipient of the hibah amanah under subregulation (1) shall be paid in accordance with regulation 8. (4) Subject to subregulation (5) and the terms and conditions as may be determined by the Lembaga, the recipient of the hibah amanah shall authorize the depositor (a) to utilize, for the interest of the depositor, the amount or part of the amount standing to the depositor s credit given to the recipient of the hibah amanah; and to conduct all transactions and receive all benefits relating to the amount or part of the amount standing to the depositor s credit given to recipient of the hibah amanah, during the lifetime of the depositor and recipient of the hibah amanah. 9
(5) The depositor shall at all times during his lifetime maintain a minimum deposit as determined by the Lembaga unless the hibah amanah is revoked under regulation 7B. (6) The depositor shall notify the Lembaga of any addition of the recipient of the hibah amanah or of any variation of the amount standing to the depositor s credit given for the hibah amanah or of the death of the recipient of the hibah amanah. (7) Where the hibah amanah is made for a part of the amount standing to the depositor s credit, the depositor may nominate any person in accordance with regulation 7 to whom the balance amount standing to the depositor s credit may be paid upon the depositor s death in accordance with regulation 8. Revocation of hibah amanah 7B. A hibah amanah made under regulation 7A is revoked in the following cases: (a) in the case of a hibah amanah made by a depositor who is a parent or grandparent to be given to his biological child or his biological grandchild as the recipient of hibah amanah, as the case may be, by written notice as determined by the Lembaga given by the depositor and received by the Lembaga during the lifetime of the depositor and the recipient of the hibah amanah; or in any other cases, by mutual consent of the depositor and the recipient of the hibah amanah in a manner determined by the Lembaga.. 10
Amendment of regulation 8 5. Regulation 8 of the principal Regulations is amended in (a) in subregulation (1) (i) in paragraph (a), by deleting the word or at the end of the paragraph; (ii) in paragraph, by substituting for the full stop the words ;or ; and (iii) by inserting after paragraph the following paragraph: (c) where the depositor has made a hibah amanah under regulation 7A and such hibah amanah is not revoked under regulation 7B, to the recipient or recipients of the hibah amanah, in a manner determined by the Lembaga. ; by inserting after subregulation (1) the following subregulation: (1A) On the death of a recipient of a hibah amanah, the amount or part of the amount standing to the depositor s credit given to the recipient of the hibah amanah shall be payable to any person who is entitled to inherit the amount or part of the amount under Hukum Syarak whenever a claim is made to the Lembaga by that person in a manner determined by the Lembaga. ; (c) in subregulation (2), by substituting for the words subregulation (1) the words subregulations (1) and (1A) ; (d) in subregulation (3), by inserting after the word nominee the words and in the case of hibah amanah, by the recipient of hibah amanah ; 11
(e) by inserting after subregulation (3) the following subregulation: (3A) Before making any payment under subregulation (1A), the Lembaga may, for the purpose of satisfying the Lembaga that the recipient of the hibah amanah is dead, require that the death certificate or a certified true copy or extract of the death certificate of the recipient of the hibah amanah or any other documents specified by the Lembaga be produced to the Lembaga by the person making the claim. ; and (f) in subregulation (4), by inserting after the word depositor wherever appearing the words or the recipient of a hibah amanah. Made 27 March 2017 [UU429/500-27/036-14/CA; PN(PU2)33A/IV] DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM Chairman of Lembaga Tabung Haji Approved, MEJAR JENERAL (B) DATO SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM Minister in the Prime Minister s Department 12