PRODUCT DISCLOSURE SHEET (Read this Product Disclosure Sheet before you decide to apply for the MaybankCashTreats Program. Be sure to also read the general terms and conditions.) CASH TREATS PROGRAM APR 2011 1. What is this CashTreats Program? Cash Treats is a program where Principal Cardholder can request for Cash from their credit card available balances as shown in the latest credit card statement by a phone call. The approve amount will be transferred into their personal Maybank Saving/Current account. Cardholder can withdraw up to 70% from their available credit limit. 2. What benefits do I get from this program/product? Saving from normal Cash Advance Interest Rate (1.5 % at daily rest) Payment via monthly installment. Instant Cash Fast Approval No Documents required No Guarantor required Cash will be credited into your Maybank Savings/Current account within 48 hours. 3. What is the minimum and maximum amount I can transfer? The minimum amount is RM3,000 and maximum is subject to the available of the credit card balances. The subsequence request amount is in multiple of hundred. 4. What is the interest rate offered and how long? The interest rate is 8.88 % per. annum. 5. How is the repayment method? The repayment is by equal monthly installment amount from 6 to 36 month s period. 6. Will I be assigned to a new credit card account? No new account will be created. The payment should be made to your Visa/MasterCard/Amex credit card account as per your request. 7. What are my obligations? You have to pay the monthly 5% minimum payment amount and also pay in full the CashTreats monthly installment amount before the statement due date. 8. What are the major risks? The monthly installment must be paid in full before the statement due date. Think about your repayment capacity before applying for the Cash Treats facility. The normal finance charges based on a tiered pricing structure in accordance to your 12 month repayment history will be applied to your remaining monthly installment balances is you don t pay the monthly installment in full for each month. If you have problems paying for your credit card balances, contact us early to discuss repayment alternatives.
9. What if I fail to pay the monthly installment amount in full? Normal finance charge of 8.88% to 17.5 % (depending on your past 12 months payment records) will be charged on the remaining balance installment amount unpaid on the due date until the installment is paid in full. 10. When is the payment be credited? The payment to Maybank Savings/Current account will take effect within 2 business days from the application approval date. 11. What if I don t have an account with Maybank? You are required to open an account with Maybank. The account must be an individual/personal account. Joint account is not allowed. 12. Will I be entitling for the Treats Points? No Treats Points will be rewarded for the approve amount. 13. How can I apply/request? You can call this no. 03-5891 4756 and provide the following info: - 1. Name 2. New/Old IC 3. Card Number 4. Amount request 5. Maybank Saving/Current account number 14. Where can I get further information? You can refer to the www.maybank2u.com.my website. If you have any enquiries, please contact us at: Maybankard Centre 7th Floor Menara Maybank 100 Jalan Tun Perak 50050 Kuala Lumpur Tel: 1300 88 66 88 E-mail: mbbcardservices@maybank.com.my IMPORTANT NOTE: LEGAL ACTION MAY BE TAKEN AGAINST YOU IF YOU DO NOT KEEP UP REPAYMENTS ON YOUR CREDIT CARD BALANCES. The information provided in this disclosure sheet is valid as of April 2011
RISALAH MAKLUMAN PRODUK (Sila baca kenyataan mengenai Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memohon Program Ganjaran Tunai. Pastikan anda turut membaca terma dan syarat am) PROGRAM GANJARAN TUNAI Apr 2011 1. Apakah Program Ganjaran Tunai? Ganjaran Tunai ialah program yang membolehkan Pemegang Kad Utama memohon Wang Tunai daripada baki kad kredit mereka yang ada seperti yang ditunjukkan dalam penyata kad kredit terkini melalui panggilan telefon. Amaun yang diluluskan akan dipindahkan ke dalam akaun Simpanan/Semasa peribadi Maybank mereka. Pemegang kad boleh membuat pengeluaran sehingga 70% daripada had kredit sedia ada mereka. 2. Apakah manfaat yang saya peroleh daripada program/produk ini? Penjimatan daripada Kadar Faedah Pendahuluan Tunai yang biasa (1.5 % atas baki harian) Pembayaran melalui ansuran bulanan Tunai Segera Kelulusan Cepat Tiada Dokumen yang diperlukan Tiada Penjamin yang diperlukan Wang Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Simpanan/Semasa Maybank anda dalam tempoh 48 jam. 3. Berapakah amaun minimum dan maksimum yang boleh saya pindahkan? Amaun minimum ialah RM3,000 dan amaun maksimum adalah tertakluk kepada baki kad kredit yang masih ada. Amaun permohonan yang berikutnya adalah dalam gandaan seratus. 4. Berapakah kadar faedah yang ditawarkan dan apakah tempohnya? Kadar faedah adalah 8.88 % setiap tahun. 5. Bagaimanakah kaedah pembayaran baliknya? Pembayaran balik adalah melalui amaun ansuran bulanan yang sama dari tempoh 6 hingga 36 bulan. 6. Adakah saya akan mempunyai akaun kad kredit yang baharu? Akaun baharu tidak akan dibuka. Bayaran hendaklah dibuat ke akaun kad kredit Visa/MasterCard/Amex anda seperti yang anda mohon. 7. Apakah obligasi saya? Anda perlu membayar bayaran minimum bulanan sebanyak 5% dan membayar sepenuhnya amaun ansuran bulanan Ganjaran Tunai sebelum tarikh perlu dibayar pada penyata.
8. Apakah risiko utamanya? Ansuran bulanan hendaklah dibayar sepenuhnya sebelum tarikh yang perlu dibayar pada penyata. Fikirkan tentang keupayaan pembayaran balik anda sebelum memohon kemudahan Ganjaran Tunai. Caj kewangan biasa berdasarkan struktur penentuan harga bertingkat mengikut sejarah pembayaran balik anda selama 12 bulan akan dikenakan ke atas baki ansuran bulanan anda selebihnya jika anda tidak membayar sepenuhnya ansuran bulanan bagi setiap bulan. Jika anda mempunyai masalah untuk membayar baki kad kredit anda, sila hubungi kami segera untuk membincangkan tentang alternatif pembayaran balik. 9. Bagaimana jika saya gagal membayar sepenuhnya amaun ansuran bulanan? Caj kewangan biasa sebanyak 8.88% hingga 17.5 % (bergantung pada rekod bayaran bulanan anda selama 12 bulan yang lepas) akan dikenakan ke atas amaun baki ansuran selebihnya yang belum dibayar pada tarikh yang perlu dibayar sehingga ansuran dibayar sepenuhnya. 10. Bilakah bayaran akan dikreditkan? Bayaran ke akaun Simpanan/Semasa Maybank akan berkuat kuasa dalam tempoh 2 hari perniagaan dari tarikh kelulusan permohonan. 11. Bagaimana jika saya tidak mempunyai akaun Maybank? Anda dikehendaki membuka akaun dengan Maybank. Akaun tersebut mestilah akaun individu/peribadi. Akaun bersama tidak dibenarkan. 12. Adakah saya layak mendapat TreatsPoints? Ganjaran TreatsPoints tidak diberikan bagi amaun yang diluluskan. 13. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat permohonan? Anda boleh menghubungi talian 03-5891 4756 dan memberikan maklumat berikut:- 1. Nama 2. Kad Pengenalan baharu/lama 3. Nombor Kad 4. Amaun yang diminta 5. Nombor akaun Simpanan/Semasa Maybank 14. Di manakah boleh saya mendapatkan maklumat lanjut? Jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang kad kredit, sila layari laman web www.maybank2u.com.my. Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami di:- Maybankard Centre Tingkat 7, Menara Maybank 100 Jalan Tun Perak 50050 Kuala Lumpur Tel: 1300 88 66 88 E-mel: mbbcardservices@maybank.com.my
MAKLUMAN PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA JIKA ANDA TIDAK MENERUSKAN PEMBAYARAN BALIK ANDA Maklumat yang disediakan dalam risalah pendedahan ini adalah sah sejak APRIL 2011